Tuesday, January 19, 2010

RESIGN!

Pagi tadi aku hantar surat cinta kat bos (surat resign). Nampaknya aku dah buat semua orang jadi mangsa moody dia pagi ni. Aku bagi Notice cuma 2 minggu sebab terpaksa lapor diri kat tempat baru awal February ni. Walaupun aku ada alasan kuat (tak pernah dapat confirmation letter walau dah bertahun keje kat situ), tapi aku malas nak cakap. Biar lah dia membebel dan luahkan apa-apa yang dia tak puas hati. Malas nak burukkan keadaan.

Bukan aku tak suka keje kat sini tapi peluang keje dengan kerajaan cuma datang sekali. Disebabkan aku pregnant, serahan tugas akan dilakukan dalam tempoh sebulan tu (sebelum aku deliver the next month). Alahai, serba salah aku. Tapi disebabkan kata-kata yang menusuk kalbu dari bos, lidah aku macam kelu rasa. Padahal ramai lagi staff yang bagi notis ala-ala aku termasuk staff kesayangan dia. Tapi takde masalah dan siap dipuji melambung-lambung. Turn aku, terus jadi macam ni. Nasib ibu mengandung....

No comments:

Post a Comment