Thursday, June 3, 2010

Kembali BercDing


Haider dengan koleksi CD nya

Antara koleksi CD yg ada

CD terbaru aku beli (Autumnz)

CD paling aku sayang (Thirsties)

Sebaik habis jer pantang, aku kembali bercding semula. Cuma waktu malam, aku still guna pampers. Sebab sekarang aku perlu keluar dari rumah seawal 6.20 pagi. Lain lah dulu, aku keluar keje dalam pukul 8 pagi. Kalau lah pagi tu anak aku buat poo..poo.., aku tak sempat nak basuh. Kecuali waktu cuti, aku boleh fully Cding.

Reezqi masih guna pampers. Kalau dia dah mula stabil buang air besar (1-2 kali jer sehari, baru aku guna CD). Skarang ni lebih kepada abangnya. Aku target bulan 7, Reezqi guna CD.

Aku ada try beberapa jenis CD. Tapi coola baby (terutama AIO) dan Thirsties gak tetap di hati. Reason dia senang jer, anak selesa. Aku baru beli brand Autumnz. Cantik dan lembut tapi anak tetap request dua brand kat atas tu. Walaupun boleh guna sampai 18kg, aku tengok sama besar macam coola baby jer. Lunatots pun ok material dia tapi kecik macam Autumnz gak. Cuma Thirsties, kita terpaksa beli ikut size. Tu yg sakit. So, aku pilih coola baby.

Brand paling buat aku geram is Palm & Pond. Walaupun kita beli saiz besar (XL), sebenarnya kecik jer. Material pun tah apa-apa (Macam plastik). Better guna CD pureen (insert napkin). Shinies ok tapi insert kurang menyerap. Kasih sayangku plak agak mencengkam kat bahagian paha. Lain2 brand, sekadar percubaan kali pertama (dan terakhir sebenarnya :) )So, pada yang nak berCding, aku nasihat beli dalam jumlah yang sikit. Nanti menyesal plak.

Kiddy Wash

Pasal sabun plak, aku undi Kiddy Wash (Cosway). Sebotol aku guna hampir setahun (Aku basuh CDs 2 hari sekali). Memang orang kata boleh guna sabun murah yg basic tu (macam fab, daia). Tapi yg susahnya, kalau terlebih guna sikit, mula ada something build up dan CD mula bocor. Dan aku percaya ramai moms kat luar sana slalu putus asa sebab masalah CD bocor. Sabun salah satu sebabnya. Aku beli dua sebab bulan ni ada offer (RM17 untuk 2 botol).
Yang pasti, aku jimat berkali-kali ganda bila guna CD ni since awal tahun lepas.

6 comments:

  1. Taknak cuba Bamboolite, sangat berbaloi kalau beli.

    ReplyDelete
  2. ada rezeki, nak cuba gak azrina coz so far ada 1 jer CD bamboo :). Yg bagusnya, CD bamboo tu besar. anak dah 4 thn pun still selesa pakai

    ReplyDelete
  3. salam kenal..

    baru jumpa blog nih..suka tgk haider..iras2 anak ke 3 saya...nnti saya nk linkkan blog ini yer..

    ReplyDelete
  4. salam kenal Oren. ye ke sama? thanx link kan blog saya ni. Nnt saya link blog awak skali ye ;)

    ReplyDelete
  5. Salam. Anak awak taska dekat masjid wilayah ek? Rumah kat mana? Saya duk kat masjid wilayah ni jer.. Saya pun berCD.. Selamat berCD la..

    p/s: Sy ada CD autumnz yg corak binatang tu. Rasa mcm kurang kemas la CD tu.

    ReplyDelete
  6. salam kaklong. anak saya memang baru masuk taska kat masjid wilayah ni (darul hannan). Tapi yg sulong jer :). Pasal CD Autumnz tu, saya rasa agak mencengkam kat bahagian paha dan belakang (kat pinggang). paling tak best, anak nampak terlalu bulky (2 insert). Desing dia sama macam minky qq baby tapi inner dia dari fleece. so, lembut lah. Plan nak try bamboolite plak

    ReplyDelete