Monday, August 16, 2010

Berkat Ramadhan (Ikhlas Doa Seorang Ibu)

Nampaknya hari ni berbuka atas jalan lah aku buat pertama kalinya untuk Ramadhan kali ni. Tapi hati aku sedikit rasa seronok lately ni. Hari Sabtu baru-baru ni suami belikan air longan. Semalam pun sama. Sejak malam tadi nampak sedikit perubahan supply susu. Aku tak fikir tentang letih yang aku tanggung. Aku cuma fikir pasal Reezqi. Dan doa supaya Allah permudahkan aku untuk menyusukannya...

Walaupun Alfalfa yang aku ambik tak berapa beri performance sangat tapi aku tetap teruskan. Sebab aku rasa Alfalfa ni penting untuk benda lain macam kesihatan untuk buah pinggang. Lebih2 bulan puasa ni, lagi penting bab-bab kesihatan ni aku kena jaga. Calsium Magnesium, B-Complex dan Vitamin C juga penting. Sehari aku tak ambik Calsium, kaki boleh jadi lenguh.

Dan kat sini aku ingin kongsikan sedikit lagu yg aku ambik dari youtube. Lagu ibu mithali.
Aku memang betul-betul teringat kat arwah mak serta jasa-jasanya pada aku sekeluarga. Moga anak-anak yang aku susukan juga tidak lupa mummy nya nanti...

No comments:

Post a Comment