Sunday, October 31, 2010

Syair Kanak-Kanak: Sayangi Ibu

Kejap-kejap aku nak kena google syair ni. So, pagi ni aku masukkan dalam blog aku supaya kakak senang nak berlatih. Tu pun atas permintaan dia. Ok, lepas ni bukak jer blog mummy. (Dia nak nyanyi 2 perenggan pertama tu jer. Sempena konvo dia bulan disember ni, dia tiap2 ari dok nyanyi ----> rentak gurindam)

Ibumu sakit berbagai-bagai,
Lahirkan engkau,bidan pun capai,
Dibagi mandi terkuai kapai,
Diambil bedung dibagi pakai.

Perit letih tak pernah sudah,
Besarkan kamu amatlah payah,
Jangan lupa penat dan lelah,
Ibu mengasuh tak pernah sudah.

Jasa ibu harus dikenang,
Bukan ringgit yang nak dicanang,
Tapi kasih anak dipandang,
Tanda pengorbanan ibu menatang.

Bila pangkat sudah di tangan,
Bila berada di puncak awan,
Ibu dulu pernah berangan,
Anak dididik tak lupa daratan.

Bonda mengasuh tak pernah jemu,
Erti penat tak pernah bertamu,
Jangan derhaka pada bonda mu,
Kelak menyesal di pusara ibu.

No comments:

Post a Comment