Tuesday, November 2, 2010

Pemberian Keju Untuk Bayi: Boleh/Tidak?

Apa Kelebihan Keju?
Disebabkan keju merupakan susu yang dipadatkan, maka kandungan gizinya sebenarnya mirip dengan susu. Ia mengandungi protein, vitamin, mineral, serta lemak.
Kelebihan keju dibandingkan dengan susu terletak pada jumlah kalori yang ada padanya. Setiap 100 gram keju biasanya mengandungi 326 kalori, atau sekitar 5 kali ganda yang dimiliki oleh susu.
Jadi, untuk anak yang sedang membesar, kalori dan protein yang terkandung dalam keju sangat baik untuk kecerdasan dan pertumbuhannya. Keju pun dinilai oleh pakar sangat baik untuk pertumbuhan gigi dan tulang anak.
Apa Kekurangan Keju?
Kekurangan keju terletak pada tingginya kadar garam dan lemak yang terkandung di dalamnya.
Jika anak terlalu banyak menggunakan garam, dikhuatiri ia akan mendapat hipertensi setelah dewasa. Garam yang terlalu banyak pun membuatkan ia sangat sukar untuk diproses oleh ginjal si anak, sehingga boleh menimbulkan gangguan metabolisme. Kandungan lemak yang tinggi juga boleh menyebabkan obesiti pada anak.
Lalu, Bolehkah Memberikan Keju kepada Bayi Anda?
Beberapa hal yang perlu Anda perhatikan:
  1. Anda boleh memberikan keju setelah bayi Anda berusia 6 bulan (tapi aku jarang guna utk anak bawah setahun)
  2. Pilihkan keju yang lembut dan sudah diproses (cheddar)
  3. Untuk anak berusia > 1 tahun, limitkan pemberian keju, maksimal 3 keping setiap hari
  4. Keju parmesan dan mozarella juga boleh digunakan oleh anak
  5. Jangan menjadikan keju sebagai pengganti susu, kerana keju merupakan makanan padat yang sedikit kandungan airnya

No comments:

Post a Comment