Friday, January 7, 2011

Tiket Amal Konsert Jamal


Pagi tadi on the way ke tempat keje, suami aku nyanyi2 lagu Jamal Abdillah. Bukan satu tapi macam-macam lagu Jamal.

Alkisahnya semalam dapat tiket untuk konsert amal Jamal kat Istana Budaya. Best tu tapi aku tak dapat pergi sebab macam biasa, anak-anak nak suruh sape pulak jaga. Kalau siang tu, boleh ler jugak. So, encik suami pergi dengan kawan-kawannya malam tadi.

Dia memang suka sangat dengan Jamal Abdillah. Dari ceritanya, suara Jamal sama sebijik macam dalam kaset. Paling istimewa malam tadi Jamal nyanyikan dua buah lagu ciptaan Ahmad Nawab yang liriknya ditulis sendiri oleh Sultan Pahang dan Sultan Idris (Perak). Sedap gak lagu tu tapi dalam kete dia lupa macam mana lagunya. Apa ler...

Malam ni ada lagi konsert Jamal kat Istana Budaya tapi berbayo ler. Paling murah RM75 rasanya. Tapi kalau dengar suara Jamal, berbaloi rasanya beli. Dengan ditemani oleh pengurus dari Rumah Pengasih, Jamal datang buat konsert. Kata Jamal, dia nak duduk kat situ & tak nak keluar dah. Godaan kat luar terlalu banyak buat dia. Since bercerai, dia memang duduk situ....

No comments:

Post a Comment