Sunday, August 18, 2013

Raya kat KL bawa ke Melaka

Tahun ni aku raya kat KL dulu, pastu baru bawa ke Melaka. Semuanya tak dirancang atas sebab-sebab tak dapat dielakkan. Mujur sebelum tu dapat balik ke Perak dulu.

 Lepas solat Aidilfitri kat Masjid Wilayah aka tempat keje sendiri, sempat snap sekeping dua gambar kakak. Meriah gak solat kat sini. Orang memang beribu tapi tempat solat tetap ump!!! Selesa. View nak bergambar lepas solat pon memang cantik. Kalau tak, takkan Imam Muda dulu berkampung kat sini berminggu-minggu. Ye tak?
 Bukan raya pertama tapi tetap gak nak bergambar. Ye lah, kampung sendiri mesti kita nak buat kenangan. Ni raya ketiga sebelum jenjalan rumah sedara-mara
 Wohooo....sukanya anak-anak bergambar dengan sepupu sepapat dia. 
 Lima orang budak yang tak kalah bab bergambar
 Haider memang suka buat muka candid. Sekarang menurun kat adik plak. Agak susah nak dapat gambar ikut arahan mummy dia
 Tapi aku suka gak gelagat ala-ala candid gini. Nama pon budak. So, jom masuk contest yang sedang berlambak-lambak dengan tema hari raya kat FB tu.
 Para sepupu yang dapat jumpa setahun atau 2 tahun sekali.
 Redah rumah mak sedara kat bukit piatu, ada plak rambutan gading. Apa lagi, memang lupa kuih-kuih raya kat dalam rumah tu
 Raya ke-4, sepupu aku kahwin. So, mari kita makan nasi Arab hidangan special. Sepinggan penuh Haider habiskan nasi Arab. Pergh!!! (kalau Reezqi yang montel tu aku tak heran coz sesuai dengan sain badan dia)
 Bergambar di pelamin. Aku ingat nak snap gambar pompuan jer, tapi budak montel ni tak bagi. Nak juga menyelit dengan apa cara sekali pun. Ceh! So...sila duduk mana yang dapat.
 Dia minta untuk ambik
gambar sorang-sorang. Puas tolak menolak abang dan sepupu sepapat dia yang usik nak gambar berdua dengan dia. Terkejut gak dengan permintaan adik. So....ambik la jugak. Kali ni adik pakai baju abang plak. Saiz badan lebih kurang, senang adjust baju.
Sebelum balik KL, bergambar dengan baba, orang yang menukang rumah ni sampai jadi awesome!. Tapi mana kakak? Dia dah duduk dalam kete sesiap kat bahagian belakang. Encik suami pun tak dapat balik Melaka. So, lenkali kita bergambar ye. Bagi can kat kami posing ikut suka hati. Huahahahhhh....

No comments:

Post a Comment