Tuesday, May 13, 2014

Hilangkan stress dengan update hadiah kemenangan?

Alhamdulillah....rezeki contest tak putus-putus walaupun cuma menang kecil-kecilan. Tu pun dah kira menaikkan semangat yang semakin merudum lately bab contest. Ada hadiah yang aku dapat claim, ada yang agak susah. Kadang-kadang aku biarkan aje coz tak lalu nak layan karenah pelik-pelik. Lainlah hadiah yang cecah ratus-ratus or ribu-ribu :p. Ni antara yang aku menang


 Kiranya 1st time aku menang dari majalah Marie Claire. Aku sms suka-suka je. Tandanya, cuma 1 sms untuk setiap nama takdelah sungguh-sungguh sangat. Sayang kredit. Heheh....Tak sangka lekat nama sendiri untuk prduct Dr Brandt, nama proxy lekat untuk Laura Mercier. Buyer dah menunggu walaupun masih belum claim ;)

Product Simon Mehler bernilai RM200++ ni aku menang dari majalah Herworld. Ada 3 product dia bagi. Nama aku dengan kakak naik. Satu set aku hadiahkan pada orang yang selalu tolong amikkan hadiah ni, satu set lagi mayb aku nak jual je atau buat G.Away.



 Product Clinelle ni bernilai RM207. Dah selamat aku jual harga kawan-kawan pada rakan sekerja. Memang banyak dan meriah.

Ni contest Maggi Hotcup yang tengah hangat. Aku sangkut atas nama proxy untuk jersey German idaman aku sebanyak 2 helai. Minggu ni jersey sepanyol plak. Buat masa ni, jerset original bernilai RM260 sehelai ni aku tak bercadang nak jual. Insya Allah kalau sangkut jersey seterusnya, aku akan jual harga yang lebih rendah dari pasaran ;)

Ni aku menang dari contest Dutch Lady ( contest mak kata Mia Sara tu) sebagai early bird. Aku dengan suami dapat sorang RM50 voucher ni. Jadi ler untuk buat shopping. Sape nak bagi. Lagipun, tak perlu modal, cuma tulis kat website dia hari tu.

1 comment: